Sunday 31 July 2011

Salam ramadhan XD

Salam ramadhan al-mubarak kepada semua umat islam sedunia. Semoga di bulan yg sangat mulia ini, kita sama-2 perbetulkan niat utk menjalankan ibadah puasa. Jangan pasang niat puasa nie nak diet. Biar nanti raya nampak cantik. Kalau nak nampak cantik,selalu lah beribadat kpd Allah dengan sepenuh hati. InsyaAllah, kita akan kelihatan cantik di hadapanNYA. Sama-2 kita betulkan niat sempena bulan Ramadhan ini. Semoga Allah mendengar segala doa kita dan kita mendapat kepuasan kemanisan sebenar dari makna puasa itu. Kita semua kat Malaysia untung dapat puasa kat tempat yg aman damai. Kanak-2 kat Palestin tu, Allah ~ tak sampai hati nak cerita. Boleh dikatakan mereka semua penghuni syurga sebab mereka pertahankan agama dan negara mereka. Tapi Allah lebih tahu. Segala rencana Allah, di akhirnya pasti ada kebahagiaan yg tak dapat dinilai oleh semua makhlukNYA. Mereka semua duduk di bumi yg sangat barakah. Akhirnya si syaitan itu akan tumpas juga di hari terakhir kita semua di muka bumi Allah. Saat itu hampir tiba. Hanya kita saja yg tak tahu bila ? tahun apa ? tahun ini ? tahun depan ? Wallahua'lam.

Tuesday 19 July 2011

farewall post ;(

Bersyukur ke hadrat Yang Esa. Aku dah dapat tawaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Tak macam jauh pulak dengan kampung. Tapi tak pe, orang kata lagi jauh dengan family, sebenarnya lagi dekat mereka dengan kita. Di hati ! Hanya Allah yang tahu. Sintok, Kedah. Lokasi terbaru aku untuk menuntut ilmu. Ilmu yang sememangnya di luar bidang aku. Kos Pengurusan Perniagaan. Nampak macam susah. Aku cuba. Macam belajar Bahasa Arab jugak. Daripada zero, sekarang paham la jugak kalau orang cakap walaupun aku cakap pun tak de lah fluence sangat pun. InsyaAllah rezeki aku dalam bidang ni melimpah ruah ! Ammiin :)

Bila dah dapat tawaran nie, hati jadi hiba pulak. Aku kena tinggalkan anak2 yg aku jaga tu. Aku harap sangat bukan untuk selamanya. Pertemukanlah au dengan mereka suatu saat nanti Ya Raab. Dan aku harap mereka tu tak lupa kat aku. Sedih kalau mereka tak ingat aku. Aku pun dah lupa zaman tadika aku. Memang sedih bila tak dapat ingat moment yang sangat la beerti dalam hidup kita. Yela kan, tu la tempat pertama kita menuntut ilmu. Kalau takde tadika tu, tak dela aku menaip sekarang ni. Tak de la pesbuk,twitter sekarang nie. Tapi, andai kata budak2 tu semua tak ingat kat cekgu yg pernah mengajar diorang untuk seketika cuma ini. Aku pulak yg berharap agar aku tak lupa muka mereka sampai bila2. Sebak pulak taip ayat nie. Hmm, Adek2 nanti belajor betol2. Jangan asyik main je. Walaupun hari2 cekgu marah awak semua, bukan cekgu benci. Tapi cekgu sayang sangat kat awak. Semoga Allah akan pertemukan kita di tempat yang sangat indah suatu masa nanti. InsyaAllah :(
  
sempat lagi bergambar dengan yaya :)

faris danish the sulking boy ;D

Wednesday 13 July 2011

membayangkan~

tengah2 duduk tiba2 terbayangkan budak2 yg aku dah ajor selama beberapa bulan nie. Nanti kalau aku dah tak ajor diorang lagi, macam mane la diorang. Rindu tak diorang kat aku ? Aku memang la akan rindu sangat2. Diorang jugak la yang dah menghiasi hari2 aku. Macam tak sempurna je hari aku kalau takde diorang kat sekolah. Senakal mane pon diorang, diorang maseh lagi budak2. Belom tau beza mana yg baik mana yg jahat. Dari sekolah tadika la kita kena didik diorang, ajor diorang pasal semua tu. Sedihnya Ya Allah nak tinggalkan adik2 tu semua. Dengan adanya diorang lah aku jadi minat kat Pendidikan Awal Kanak-kanak. And, aku dah apply pon course tu. Tinggal nak tunggu result je. Aku sangatlah mengharap course tu. Tapi, kalau ditakdirkan aku dapat course lain, aku redha dan cuba yg terbaik jelah. Semoga result UPU esok akan membuatkan aku bahagia seumur hidup ~ InsyaAllah, amiiiin :)

tadaaaa !

Hari nie aku saje je nak merajinkan tangan untuk update blog nie. Walaupun tak penting mane pon cerita tu. Saje je. boleh ya? Hahaha. Sabtu lalu, rumah atok kt bukit pasir buat kenduri arwah. Ingat tak datang kazen aku yg kat Kluang tu. Rupanya ade. Dengan baby lagi. Sangat lah chomell anugerah Allah itu. Anak kak long diberi nama Muhammad faiq aziim. Sedap nama,pandai dia pilih nama tu.


                                                    bapak die soldier kate ko ;D

Memang bulat2 la pipi anak buah aku nie. Ceh ! makcik la sangat kan. Bhahaha :D
Kali nie pulak aku nak kenalkan Adam Iskandar. Wacha !

    Tengah tido pulak. Dia tak aktif sangat macam aziim.
Kali ini aku nak memperkenalkan sepupu aku yang paling la chomell dan kecik. hehehe

tadaa ! bulat tak dia. Geram banget sih~

Tuesday 12 July 2011

saya maseh diterima kembali oleh dia :)

Thankyou pada Allah kerana sekali lagi membuka hatiku untuk mencintai lagi. Before this,aku sangat la egoistic ! Tak sedar rupanya. Maklumlah, perasan lebih ! Tapi aku tiba2 nak cari balik dia. Even sekarang dia tak macam dulu lagi, aku cuba untuk lebih memahami antara satu sama lain. No more sulking la Fatin ! annoying sangat tau kalau kau merajok ! Orang pon dah malas nak pujok ko lagi tau. And, kalau awak bace post saya nie. Saya nak ucapkan terima kaseh yang tak terhingga pada awak sebab awak sudi terima saya semula. Saya tahu, sebelum ni memang salah saya pun. Saya cuba perbaiki cara dan hubungan kita yang baru ini. Semoga Allah mengizinkannya terjadi. Amiiin :)

still not too late kan ?

Ya Allah ! lame nye tak update blog nie. dah la follower 'ramai yang amat' hahaha. rajin sangat la nak buat blogwalking nieh~ berbulan bulan rasenye dah update blog ku yang tak seberapa sangat nie kan. rindu la jugak. tapi,rindu lagi Yang Maha Esa dengan Rasul junjunganNya. semoga kita semua dapat syafaat baginda di mahsyar nanti. amiiin :)


Well2. minggu nie baik2 sayang saje. pelajar aku ase yg absent. si bulat tu demam dah seminggu. baru tadi die datang sekolah.

                       nie la budak yg demam seminggu. dia nak makan pon tak lalu tadi. kesian~      


Lain pulak kesah faez nie,sorry x de foto die. Die boleh tak nak pergi sekolah. Ummi dia mesej cekgu cakap "faez kat rumah atok dia,dia cuti sampai rabu nie." bertuah betol dak faez nie tau ! naseb ko pandai dik oi. huuuu~  Haaaaa ! ade budak baru baru masuk. mohd badri. ade ke ibu die panggil mamat ? macam tak best je kan. nama sedap2 panggil mamat. dia adek batrisyia. hari2 dok la berpimpin je dengan akak die. akak die pekik,die join pekik sekali. tak padan kecik. mula2 malu la konon. huh ! tadi bukan main lagi dia. jadi buaya tau ! hahaha,chomell sangat.
     
     tengoklah tu. dengan akak dia saje :)