Tuesday 19 July 2011

farewall post ;(

Bersyukur ke hadrat Yang Esa. Aku dah dapat tawaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Tak macam jauh pulak dengan kampung. Tapi tak pe, orang kata lagi jauh dengan family, sebenarnya lagi dekat mereka dengan kita. Di hati ! Hanya Allah yang tahu. Sintok, Kedah. Lokasi terbaru aku untuk menuntut ilmu. Ilmu yang sememangnya di luar bidang aku. Kos Pengurusan Perniagaan. Nampak macam susah. Aku cuba. Macam belajar Bahasa Arab jugak. Daripada zero, sekarang paham la jugak kalau orang cakap walaupun aku cakap pun tak de lah fluence sangat pun. InsyaAllah rezeki aku dalam bidang ni melimpah ruah ! Ammiin :)

Bila dah dapat tawaran nie, hati jadi hiba pulak. Aku kena tinggalkan anak2 yg aku jaga tu. Aku harap sangat bukan untuk selamanya. Pertemukanlah au dengan mereka suatu saat nanti Ya Raab. Dan aku harap mereka tu tak lupa kat aku. Sedih kalau mereka tak ingat aku. Aku pun dah lupa zaman tadika aku. Memang sedih bila tak dapat ingat moment yang sangat la beerti dalam hidup kita. Yela kan, tu la tempat pertama kita menuntut ilmu. Kalau takde tadika tu, tak dela aku menaip sekarang ni. Tak de la pesbuk,twitter sekarang nie. Tapi, andai kata budak2 tu semua tak ingat kat cekgu yg pernah mengajar diorang untuk seketika cuma ini. Aku pulak yg berharap agar aku tak lupa muka mereka sampai bila2. Sebak pulak taip ayat nie. Hmm, Adek2 nanti belajor betol2. Jangan asyik main je. Walaupun hari2 cekgu marah awak semua, bukan cekgu benci. Tapi cekgu sayang sangat kat awak. Semoga Allah akan pertemukan kita di tempat yang sangat indah suatu masa nanti. InsyaAllah :(
  
sempat lagi bergambar dengan yaya :)

faris danish the sulking boy ;D

No comments:

Post a Comment