Sunday 31 July 2011

Salam ramadhan XD

Salam ramadhan al-mubarak kepada semua umat islam sedunia. Semoga di bulan yg sangat mulia ini, kita sama-2 perbetulkan niat utk menjalankan ibadah puasa. Jangan pasang niat puasa nie nak diet. Biar nanti raya nampak cantik. Kalau nak nampak cantik,selalu lah beribadat kpd Allah dengan sepenuh hati. InsyaAllah, kita akan kelihatan cantik di hadapanNYA. Sama-2 kita betulkan niat sempena bulan Ramadhan ini. Semoga Allah mendengar segala doa kita dan kita mendapat kepuasan kemanisan sebenar dari makna puasa itu. Kita semua kat Malaysia untung dapat puasa kat tempat yg aman damai. Kanak-2 kat Palestin tu, Allah ~ tak sampai hati nak cerita. Boleh dikatakan mereka semua penghuni syurga sebab mereka pertahankan agama dan negara mereka. Tapi Allah lebih tahu. Segala rencana Allah, di akhirnya pasti ada kebahagiaan yg tak dapat dinilai oleh semua makhlukNYA. Mereka semua duduk di bumi yg sangat barakah. Akhirnya si syaitan itu akan tumpas juga di hari terakhir kita semua di muka bumi Allah. Saat itu hampir tiba. Hanya kita saja yg tak tahu bila ? tahun apa ? tahun ini ? tahun depan ? Wallahua'lam.

Tuesday 19 July 2011

farewall post ;(

Bersyukur ke hadrat Yang Esa. Aku dah dapat tawaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Tak macam jauh pulak dengan kampung. Tapi tak pe, orang kata lagi jauh dengan family, sebenarnya lagi dekat mereka dengan kita. Di hati ! Hanya Allah yang tahu. Sintok, Kedah. Lokasi terbaru aku untuk menuntut ilmu. Ilmu yang sememangnya di luar bidang aku. Kos Pengurusan Perniagaan. Nampak macam susah. Aku cuba. Macam belajar Bahasa Arab jugak. Daripada zero, sekarang paham la jugak kalau orang cakap walaupun aku cakap pun tak de lah fluence sangat pun. InsyaAllah rezeki aku dalam bidang ni melimpah ruah ! Ammiin :)

Bila dah dapat tawaran nie, hati jadi hiba pulak. Aku kena tinggalkan anak2 yg aku jaga tu. Aku harap sangat bukan untuk selamanya. Pertemukanlah au dengan mereka suatu saat nanti Ya Raab. Dan aku harap mereka tu tak lupa kat aku. Sedih kalau mereka tak ingat aku. Aku pun dah lupa zaman tadika aku. Memang sedih bila tak dapat ingat moment yang sangat la beerti dalam hidup kita. Yela kan, tu la tempat pertama kita menuntut ilmu. Kalau takde tadika tu, tak dela aku menaip sekarang ni. Tak de la pesbuk,twitter sekarang nie. Tapi, andai kata budak2 tu semua tak ingat kat cekgu yg pernah mengajar diorang untuk seketika cuma ini. Aku pulak yg berharap agar aku tak lupa muka mereka sampai bila2. Sebak pulak taip ayat nie. Hmm, Adek2 nanti belajor betol2. Jangan asyik main je. Walaupun hari2 cekgu marah awak semua, bukan cekgu benci. Tapi cekgu sayang sangat kat awak. Semoga Allah akan pertemukan kita di tempat yang sangat indah suatu masa nanti. InsyaAllah :(
  
sempat lagi bergambar dengan yaya :)

faris danish the sulking boy ;D

Wednesday 13 July 2011

membayangkan~

tengah2 duduk tiba2 terbayangkan budak2 yg aku dah ajor selama beberapa bulan nie. Nanti kalau aku dah tak ajor diorang lagi, macam mane la diorang. Rindu tak diorang kat aku ? Aku memang la akan rindu sangat2. Diorang jugak la yang dah menghiasi hari2 aku. Macam tak sempurna je hari aku kalau takde diorang kat sekolah. Senakal mane pon diorang, diorang maseh lagi budak2. Belom tau beza mana yg baik mana yg jahat. Dari sekolah tadika la kita kena didik diorang, ajor diorang pasal semua tu. Sedihnya Ya Allah nak tinggalkan adik2 tu semua. Dengan adanya diorang lah aku jadi minat kat Pendidikan Awal Kanak-kanak. And, aku dah apply pon course tu. Tinggal nak tunggu result je. Aku sangatlah mengharap course tu. Tapi, kalau ditakdirkan aku dapat course lain, aku redha dan cuba yg terbaik jelah. Semoga result UPU esok akan membuatkan aku bahagia seumur hidup ~ InsyaAllah, amiiiin :)

tadaaaa !

Hari nie aku saje je nak merajinkan tangan untuk update blog nie. Walaupun tak penting mane pon cerita tu. Saje je. boleh ya? Hahaha. Sabtu lalu, rumah atok kt bukit pasir buat kenduri arwah. Ingat tak datang kazen aku yg kat Kluang tu. Rupanya ade. Dengan baby lagi. Sangat lah chomell anugerah Allah itu. Anak kak long diberi nama Muhammad faiq aziim. Sedap nama,pandai dia pilih nama tu.


                                                    bapak die soldier kate ko ;D

Memang bulat2 la pipi anak buah aku nie. Ceh ! makcik la sangat kan. Bhahaha :D
Kali nie pulak aku nak kenalkan Adam Iskandar. Wacha !

    Tengah tido pulak. Dia tak aktif sangat macam aziim.
Kali ini aku nak memperkenalkan sepupu aku yang paling la chomell dan kecik. hehehe

tadaa ! bulat tak dia. Geram banget sih~

Tuesday 12 July 2011

saya maseh diterima kembali oleh dia :)

Thankyou pada Allah kerana sekali lagi membuka hatiku untuk mencintai lagi. Before this,aku sangat la egoistic ! Tak sedar rupanya. Maklumlah, perasan lebih ! Tapi aku tiba2 nak cari balik dia. Even sekarang dia tak macam dulu lagi, aku cuba untuk lebih memahami antara satu sama lain. No more sulking la Fatin ! annoying sangat tau kalau kau merajok ! Orang pon dah malas nak pujok ko lagi tau. And, kalau awak bace post saya nie. Saya nak ucapkan terima kaseh yang tak terhingga pada awak sebab awak sudi terima saya semula. Saya tahu, sebelum ni memang salah saya pun. Saya cuba perbaiki cara dan hubungan kita yang baru ini. Semoga Allah mengizinkannya terjadi. Amiiin :)

still not too late kan ?

Ya Allah ! lame nye tak update blog nie. dah la follower 'ramai yang amat' hahaha. rajin sangat la nak buat blogwalking nieh~ berbulan bulan rasenye dah update blog ku yang tak seberapa sangat nie kan. rindu la jugak. tapi,rindu lagi Yang Maha Esa dengan Rasul junjunganNya. semoga kita semua dapat syafaat baginda di mahsyar nanti. amiiin :)


Well2. minggu nie baik2 sayang saje. pelajar aku ase yg absent. si bulat tu demam dah seminggu. baru tadi die datang sekolah.

                       nie la budak yg demam seminggu. dia nak makan pon tak lalu tadi. kesian~      


Lain pulak kesah faez nie,sorry x de foto die. Die boleh tak nak pergi sekolah. Ummi dia mesej cekgu cakap "faez kat rumah atok dia,dia cuti sampai rabu nie." bertuah betol dak faez nie tau ! naseb ko pandai dik oi. huuuu~  Haaaaa ! ade budak baru baru masuk. mohd badri. ade ke ibu die panggil mamat ? macam tak best je kan. nama sedap2 panggil mamat. dia adek batrisyia. hari2 dok la berpimpin je dengan akak die. akak die pekik,die join pekik sekali. tak padan kecik. mula2 malu la konon. huh ! tadi bukan main lagi dia. jadi buaya tau ! hahaha,chomell sangat.
     
     tengoklah tu. dengan akak dia saje :)



Tuesday 17 May 2011

missing to be loved !

entah kenapa hari nie , aku tiba2 je rasa rindu untuk menyayangi seseorang yang bergelar kekasih dan merasakan perasaan dicintai semula . kenapa perasaan ni muncul pada saat aku tak memerlukan semua tu . i don't need that feeling right now and i don't want hurt others feeling . oh Allah . pelihara hati dan imanku untuk kali ini . aku tak nak menghampri zina . walupun itu menjadi perkara kecil bagi sesetengah orang . tapi bagiku , ia satu perkara besar yang perlu ku ambil berat sebagai seorang muslim . insyaAllah ! aku ingin sekali merasai nikmat bercinta selepas berkahwin . amin~

Sunday 15 May 2011

Teacher's Day

tomorrow ! for the first time in my life . i'll celebrate Teacher's Day as a teacher ! don't know how the feeling to be a teacher, and be appriciated by that kids . thank you Allah . even i'm not a permanent teacher , it's great to see the kids everyday . they always make me laugh . ILY kid ! :)

Friday 13 May 2011

get dizzy lorh !

last night , me and my very best friend went to funfair ! it was fun exactly . but ! bila time naik benda ape tah yg pusing2 tu , ceh ! bila naki tunjuk berani , tak takut la konon nye . hamek kau ! bila aku naik je , maken laju and maken laju ! takut gila sey . aku tengok benda tu pusing lagi tinggi dari bangunan yg ada kat segamat . aku dah ingat mama and abah aku ! swear God ! aku tak nak naik lagi benda tu . then mahal pulak tu . maksiat pun banyak gak kat sana . tapi memang happening la last night ! thanks to my very best friend , Miss Sumaiyah Hamzah ! lurve you forever <3

Sunday 1 May 2011

hari yg membosankan !

dah la bosan , penat pulak tu . arini cousin aku get married ngan husband dia la . macam aku plak yg kawen , nak penat2 segala . padahal , satu hapak pun aku tak buat kerja . memang aku tak buat apa2 kerja , tapi entahlah aku bosan giler . tak baik kan aku nie . teruk betul kan ! astaghfirullah~
Aritu aku cakap nak letak gambo2 monster kechil aku kan . huhu

 aku x amek sume :D




                                                 comel kan budak nie ! nakal pon dia jugak :)

Tuesday 26 April 2011

alhamdulillah :D

alhamdulillah , aku dapat pergi ujian Medsi . baru ujian bertulis . mudah2 mudahan diorang suka la essay aku nanti . aku betul2 mengharapkan tawaran ni untuk sambung belajor aku ! amin ya Allah~
doakan aku semoga nasib menyebelahi aku kali ini . asyik2 abg aku je yg dibanggakan . aku nak jugak ! ingat dia sorang je nak belajor . huh ! aku juga ok ! :)

Wednesday 20 April 2011

mencintai dan dicintai :)

memang seronok bila sayang seseorang dan orang tu sayang kita balik . aku juga pernah alami perkara macam ni . tapi , hati aku tak dapat nak sayang lelaki lebih daripada seorang kawan . hati ak kata 'NO LOVE' . aku rasa bukan sekarang masanya untuk aku bercinta . nak tu memangla nak . aku maseh tak sedia lagi la . sampai bila nak sedia pon aku tak tahu . buat seseorang yg pernah menjejaki hati ini , terima kasih saya ucapkan . kita maseh boleh berkawan . saya minta maaf kalau saya asyik terus menerus menyakitkan hati awk dan buat awk kecewa lagi . saya dah agak , perkara macam ni , lambat laun akan jadi jugak . apa yg saya harapkan tak pernah menjadi . mungkin Allah tak nak bagi aku rasai pengalaman macam ni lagi . biarlah hati aku ni sayang pada Allah dan rasul junjungan kita yang mulia dulu . buat lelaki , bukan sekarang masanya . saya lagi selesa berkawan . sampai bila ? mungkin sampai saya betul2 dah jatuh cinta . sampai ketemu lagi~

Sunday 17 April 2011

getting gemok !

nie la dia perkara yg aku paling tak suka bila dah duduk rumah sepenuh masa . yela kn , before nie ak stay kat hosterl , maybe boleh cover mkn lagi . nie tak , sejak dah abes study kat JB nie , mkn tu tak dela byk sgt . tapi kerap ! mau tak kembang badan aku . tak suka betol la . now i'm trying to lose my weight . insyaAllah , target dalam 5kg . tak boleh nak banyak2 , nanti tak menjadi , sia2 je usaha akak dik ! and now , hati aku kosong dari segala cinta kaum adam . entah mengapa . tapi aku happy dengan keadaan macam nie . otak kosong , hati senang , perut kenyang ! hahahaha
Budak2 kat sekolah sekarang Alhamdulillah menunjukkan prestasi yg baik setiap hari . semoga pengalaman ni membawa seribu satu kenangan dalam hidup aku . kanak2 meang menghiburkan hati . kalau ade masa nanti , aku letak gambar anak murid aku ye . till next post =,=

Sunday 27 March 2011

seandainya~

Ya Allah , sekiranya cinta yg Kau berikan padaku membawa aku kepada kesesatan . Maka Kau jauhkanlah aku daripada terjerumus kepada cinta adam Ya Allah ! Dan sekiranya memang benar dia yang Kau ciptakan dia untik menyayangi dan mencintaiku , kau satukanlah hati-hati kami . Dan sekiranya dia bukan tercipta untukku , Kau jauhkanlah dia dariku pandangan mata hatiku dan peliharalah aku dari kekecewaan . amin ya rabbal 'alamin ~

Thursday 10 March 2011

episod empat dan terakher :P

HAHAHAHA ! cuti sekolah menjelma lagi . aku suka part nie la . balek kampung , go to kebun and family holidays . YUHU ! tak sabar nak menanti esok dan hari yg mendatang . budak2 kat sekolah pulak maken mengganaz macam MONSTER yg sgt chumel dari aku ! HEHEH . danish hari2 mesti bawak dinosour die tu . dia 2 cakap lambat sikit . tapi sekarang dia dah boleh cakap cikit2 . die tak panggil aku chekgu , die panggil kakak . lantak ko la budak asal ko boleh cakap . dah tu pulak , abes sume kawan2 die tala panggil kakak . tak kira boy ke girl . HAHAHA ! ape la danish nie . kalau aku marah lagi die lari keliling kelas . ingat aku nak kejar die ke ? penat nak kejar budak2 nie . lagi kuat diorang lari dari aku ! almaklumla . umur dah nak menjelang 20 , tulang belakang asek2 saket je . macam la umur aku nie 50 ek ? aneh2 je badan aku nie , tapi still aktif untuk sume jenis sukan2 yg aku minat . aku dah tak sekilah lagi , so tak dapat la nak main netball lagi pasni . rindu sangat netball ngan tgk bola tampar laki ! syok mey~ lagi2 part kasut budak laki tercabut ! HAHAHAHA . nak control hensem konon ! sekali kaut tercabut depan awek , peh ! muka blushing giler . ((:  see ya till next time , happy2 holiday untok anda semoa deh ! salam cuti2 sekolah :P

mata bengkak ! *_O

masuk hari nie dah 4 hari mata aku bengkak . gara2 ? disengat penyengat dan yg sewaktu dengannya sewaktu menunggang motor balik rumah ! aku memang hangen betol dengan penyengat tu ! tapi , nak marah pun tak guna kan , mata aku dah bengkak dah pun . WAHAHAH ! bila aku g klinik bukan doktor check sangat pun . dia gelakkan aku pulak ! ahai~ pastuh dia cakap comel mata macam tu . laalala~doktor yg cakap ! aku tak cakap okey :) hehehe . Hari nie pulak tadika ade buat sambutan maulidurrasul . memang penat ! saket badan aku . kalau la dapat massage kat spa , tapi takut geli . camne tu nak urut ? eheheheh . Berangan jela nak urut2 nie ? member baru pegang kaki siket dah kena sepak kat perut ! ape lagi orang yg nak massage aku kat spa tu ? silap2 hilang dia . HAHAHA  :D   Ok lah ! tak de story sangat , tapi aku rindu si dia :)

Friday 4 March 2011

episod tiga *_*

"yesterday is history , tomorrow is mystery , but today is pleasent ! " aku ambek kata2 nie dalam citer animasi kung fu panda . aku nak pegang kata2 nie sebab ada maksud yg cukup mendalam yg aku akan aku unggkapkan tak lama lagi  WAHAHAHA :)  . hari nie cuti . hari minggu . apa yg boleh kita buat dengan hari nie . aku tido jela  HUHU . aku malas nak balas mesj dari mana2 lelaki hari nie , walaupun pada hakikatnya sorang je laki yg mesej aku buat masa nie . kalau kawan2 aku mesj aku balas la , rindu gler kat korang ! lelaki ni kan aku tak boleh nak agak mood diorang . kang tibe2 je jadi temper . maki sana sini . aku tak suka lelaki macam tu !! bosan bosan bosan dan bosan . aku pun dah tak de idea nak tulis apa nie . see u all kat post baru jela :(

Thursday 3 March 2011

episod 2 pulak :D

kanak kanak tak boleh dipisahkan dengan mainan ! haha . kalau tak perangai diorang semua yg pelik tu , tak kan aku boleh tersenyum sepanjang hari . terima kaseh adek adek ku SAYANG . cikgu sayang kamu semua ketat2 ! :) aku sedikit moody hari nie . so aku nak story la all de mory kat korang semua yg sudi membaca dan menghayati cheritera aku nie ye . (ayat tak bleh bla) aku dah LUPA nak cerita apa dah nie ! hadush ! adakah kerana LELAKI ? adakan kerana diriku sendiri ? nanti la aku cari tau masalah aku sendiri . kadang2 aku pun confuse dengan watak dan keperibadian aku sendiri . aku kadang2 lost confidence . yg paling aku tak paham! aku dah decide nak elakkan daripada jatuh CHENTA dengan lelaki ! tapi aku boleh pulak ter 'SAYANG' kt someone nie . dah la baru 2 bulan kenal , dia punya ayat manis tu kalah gula tau . aku boleh cair pulak ! tapi , aku takkan senang2 je percaya kat lelaki macam tu . dah nama lelaki , semua sama je ! sory kepada lelaki yg membaca ! nak berkawan boleh , berchenta ? hmm , i'm not too sure la . mama aku pon tak percaya aku tak ade special boyfriend . sebenarnya akak memang tak de special boyfriend la mama ! kalau tak percaya , belah la dada , x - ray la hati . :(
ohohoi ! pejam celik , pejam celik , pejam tak celik2 dah masuk bulan tiga . cuti sekolah ! mesti g holiday ngan family nie . i hope so ! dah lama tak g holiday nie .

ok la ! aku nak tegaskan di sini , aku tak kan mudah percaya pada seseorang lelaki tu walaupun aku sayang dia sepenuh jiwa raga ke , sepenuh air di kolam ikan ke , atau  pun sepenuh taik telinga di telinga ! lelaki tetap lelaki ! kenapa most gurl2 mudah sangat meletakkan kepercayaan diorang kat lelaki ? i just don't get it ! hmm . enough ! nanti aku post cerita baru ye . sekali lagi aku mintak sory kepada semua lelaki2 di dunia ini . bukan aku tak nak percaya kat korang , tapi hati aku tak boleh terima korang lagi. sampai bila pun aku tak tau ! selamat berjuang dan mempertahankan chenta kalian kepada yg berchenta ! berchenta tu  biarlah kerana Allah supaya dapat keredhaan dariNya dan jugak dari parents yg rerchenta . dan carilah yg mempunyai hati , kerana walau setampan mana pun kekasih korang tu , nanti dah tua kedut jugak . muka tak boleh menjamin segalanya ye kawan . muka letak no 2 . iman dan amal letak no 1 ! selamat menjalani kehidupan yg sentiasa dalam limpah kurnia Allah ! salam ukhuwah dari fatin ramarama ....fly away~~~

Wednesday 2 March 2011

Cheritera harianku episod 1 :)

hye hoi . kerja aku bermula dengan baik sekali . budak budak pun tak banyak kerenah . setakat lari lari keliling kelas tu , memang dah tu yg diorang suka buat . just let them be ! yg syok nye , aku teruja giler bapak bila budak yg tak boleh cakap akhirnya boleh bercakap . ok la , walaupun sikit sikit . ''kakak2 , nak shower'' . bijak betul si danish nie . ada sorang budak nie nama die nur faraheyah sofea . panggil dia yaya jep . nak suruh ngaji memang tak nak , tapi bila baca abc nak pulak ! dah la comel gler , ciap cakap loghat klate tu ! ingat senang nak jompa ke ??!! HAHA . Yaya nie ade dua orang adek kembar laki . aku ugut die senang je , aku cakap camni ''kalau yaya tak nak duduk diam , nanti akak ambekadek addam boleh ? '' terus dia duduk deh . haha , tau takut ! sorang lagi ni plak nama die aisyah . ngaji ngan baca abc ok , pandai . lepas dah abes je terus panjat panjat kat tepi tingkap ! puas dah aku maarah , kejap je , pastu buat lagi . hai~ budak budak . HAHA ! yg nie pulak cter budak yg bernama e'in . nama sebenar dia nur qaseh khairina . fuh ! nama bukan main sedap lagi , comel pun memang comel . suara die kecik je . yg nie pun takut aku ambek adek die bawak balek umah . padahal , umah die pun aku tak tau kat mane . huhu~e'in nie mmg bijak ! baca abc pun memang pandai , padahal diorang semua ni baru 4 tahun ! empressive ! make my job easier ! hehehe bila die bace abc kan , tiba huruf U je , gambo untuk huruf U ular . tapi die bukan sebut ular pun . sie baca camni " u - ulau '' hahahahaha . cam orang melaka pulak la budak nie . haish~ penat memang penat ! tapi aku pun dapat cari pengalaman sambil sambil isi masa lapang A.K.A belajar jaga anak ! hahaha .. ok lah korang , sampai sini dulu citer aku , nanti ade story baru aku moly la kat korang ya ! muah tok korang ! tatatititutu~~

Monday 28 February 2011

Almost forget !

Hamper terlupa nak habaq kat hangpa semua na ! ha , hari ni aku dapat job baru . what kind of job ? aku dengan rasminya dapat jadi guru tadika . ok ape ! dari aku duk tanam anggur kat umah , bukan dapat hasil pon kan . at least aku dapat cari dwet n kumpul dwet sendiri sementara aku tunggu mana mana tawaran dari local University . penat tu sudah semestinya ! yela , budak budak , mane boleh duduk diam . kejap kejap nak main saje . kite tak boleh marah marah . nanti diorang semua tak nak belajar , sape yg susah ??? aku jugak . silap silap kena potong gaji . AHAHAHA~ korang ! wish me a luck ye ! nanti aku share pengalaman aku plak kat korang , betapa aku penat menjalani hhari hari aku bersama budak budak yg nakal lagi CHUMEL !! tata~

Sunday 27 February 2011

sambungan citer chenta semalam ya !

Em , apa yg membuatkan aku susah nk percaya lelaki lagi ? aku sendiri tak paham ngan diri aku sendiri . Weird ha ! anyway , aku lagi selesa berkawan ngan lelaki dulu . kenal hati budi , mane la tau kan tersangkut salah satu dari diorang tu ! HAHA   Kenangan lampau betul betul mematangkan hidupku . sejarah silam aku buang jauh campak laut ! aku benci kalau kenang balek kenangan silam tu coz it's really suck !!!


 Aha ! aku maseh mencari erti chenta sejati dan aku mencari seorang lelaki sejati . yela kan , mane la tau terkawan dengan yg tak 'sejati' pulak kan . AHAHA !  oh lelaki , susah nak cari yg betul brtul sincere , honest , kind , RICH and handsome ! LALALA~~ bukan apa , lau kaya boleh la sara hidup aku ngan family aku kan . lau dia mati tak dela aku sempit sangat nanti .kena prepare awal gak nie ! korang punya taste camne ek ? aku punya biase saje ! jgn terlalu hensem , nanti kena kebas ngan org , aku gak yg susah kn . biarlah yg ada cukup ilmu agamanya tuk ajor aku ngan anak anak nanti . cukup la setakat nie dulu kesah chenta yg aku impikan selama ni . doakan aku dapat seorang yg aku dambakan tadi ye , insyaAllah aku pon tok korang semua ! tata~

Chenta hati saya

Ha , jgn kalian pikir chenta hati nie mesti someone special ya ! dalam hidup aku yg paling penting sekali adalah FAMILY aku . then , kwn2 yg selalu bersama dgn aku dlm susah dan senang ! special boy tu aku tolak tepi dulu coz aku tak pikir benda tu buat masa yg terdekat nie . aceh ! skema sangat ka ? ade ku kesah ! tu prinsip aku , sebab aku dah terkena ngan tipu helah LELAKI  .aku susah nak percaya LELAKI LAGI !!
Bila ku rasa aku dah bersedia tok ber 'chenta' lagi , aku akan umumkan pada orang ramai betapa aku HAPPY dapat terima semula seorang leleki dalam hidup aku .( ah ! cam artis plak )
see korang di lain POST !
                                                                                                                                                                                                                                            with love ;                                                                                                                                 chenta butterfly                  

kenapa aku suka rama-rama !

aku maseh baru di sini . perlu tunjuk ajar jugak dari korang2 sume ye ! out of date cket la .. HUHU
lambat ikot perkembangan semasa ! ahai~~ em,Rama-rama cantek kn ? aku sgt suke bile tgk rama-rama tu terbang. teringin jugak la nk bela rama-rama , tapi berapa lame jela rama-rama tu boleh bertahan kan . walaupun hidup nya tak lama kat dunia nie , tapi sedikit sebanyak mewarnai hidup kebanyakan orang kat dunia ini . that's all for today . nanti aku cari idea lagi , apa yg aku nak tulis kt cnie ya ! :]